SAYA SAYANG MEREKA !!!

09 April 2012

ABPBH 25 | SEMUANYA DISINI


Tahun ini genap 25 tahun Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) diadakan. 25 tahun ialah jubli perak. Bersempena dengan tempoh 25 tahun tersebut, pihak penganjur telah memperkenalkan satu anugerah khas yang belum pernah diperkenalkan sebelum ini, iaitu Anugerah Seri Perak. ABPBH 25 yang diadakan pada 8 April 2012. Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2011, Zainuri Misfar, berkata anugerah khas tersebut adalah bagi meraikan ulangtahun ke 25 ABP.

Dibawah adalah antara finalis atau calon-calon top 5 bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011 / ABPBH 25).


Pengacara TV Lelaki Popular
ü  Aznil Nawawi
ü  Faizal Ismail
ü  Ally Iskandar
ü  Awal Ashaari
ü  Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular 
ü  Fara Fauzana
ü  Cheryl Samad
ü  Sharifah Shahira
ü  Raja Azura
ü  Nurul Syuhada

Penyampai Radio Lelaki Popular
ü  Faizal Ismail
ü  Aznil Nawawi
ü  AG
ü  Halim Othman
ü  Khairil Rashid

Penyampai Radio Wanita Popular 
ü  Fara Fauzana
ü  Linda Onn
ü  Raja Azura
ü  Abby Fana
ü  Sharifah Shahira

Pelakon TV Lelaki Popular
ü  Aaron Aziz
ü  Adi Putra
ü  Remy Ishak
ü  Fizz Fairuz
ü  Fauzi Nawawi

Pelakon TV Wanita Popular
ü  Fasha Sandha
ü  Tiz Zaqyah
ü  Scha Al-Yahya
ü  Nora Danish
ü  Rozita Che Wan

Pelakon Komedi Lelaki Popular
ü  Zizan Razak
ü  Johan
ü  Nabil
ü  Along Cham
ü  Afdlin Shauqi

Pelakon Komedi Wanita Popular
ü  Noorkhiriah
ü  Sharifah Shahira
ü  Didie Alias
ü  Kenchana Dewi
ü  Alliza abdullah (Enot)

Penyanyi Lelaki Popular
ü  Faizal Tahir
ü  Anuar Zain
ü  Aizat
ü  Hafiz
ü  Black

Penyanyi Wanita Popular
ü  Najwa Latif
ü  Yuna
ü  Stacy
ü  Alyah
ü  Shila Amzah

Artis Duo/Berkumpulan Popular
ü  6ixth Sense
ü  Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah
ü  Meet Uncle Hussain & Hazama
ü  Bunkface
ü  Forteen

Pelakon Filem Lelaki Popular
ü  Aaron Aziz
ü  Shaheizy Sam
ü  Adi Putra
ü  Shamsul Yusof
ü  Bront Palarae

Pelakon Filem Wanita Popular
ü  Lisa Surihani
ü  Maya Karin
ü  Diana Danielle
ü  Yana Shamsudin
ü  Eja

Artis Baru Lelaki Popular
ü  Johan Ariff Asari
ü  Hazama
ü  Awi Rafael
ü  Aeril Zafrel
ü  Beto Kusyair

Artis Baru Wanita Popular
ü  Tasha Shilla
ü  Najwa Latif
ü  Neelofa
ü  Nur Fathia
ü  Izara Aishah

Anugerah Seri Perak
ü  Aishah
ü  Zainal Abidin
ü  Eman Manan
ü  Datin Sofea jane
ü  Datuk M. Nasir
ü  Ziana Zain
ü  Dato' Siti Nurhaliza
ü  Rosyam Nor
ü  Saiful Apek
ü  Mawi
ü  Nabil
ü  Shaheizy Sam



DAN PEMENANGNYA !!!!



KUMPULAN POPULAR
- JACLYN VICTOR , NING BAIZURA & SHILA HAMZAH

ARTIS BARU WANITA POPULAR
 - TASHA SHILLA

ARTIS BARU LELAKI POPULAR
- JOHAN ARIFF AS'ARI

PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR 
- FAIZAL ISMAIL

PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR
 - FARA FAUZANA

ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR 
- DIDIE ALIAS

ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR
- JOHAN aka MAK JEMAH

PENGACARA TV LELAKI POPULAR
- ZIZAN RAZAK

PENGACARA TV WANITA POPULAR
- FARA FAUZANA

PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
- AARON AZIZ

PELAKON FILEM WANITA POPULAR
- MAYA KARIN

PELAKON TV LELAKI POPULAR
 - FIZZ FAIRUZ

PELAKON TV WANITA POPULAR
- FASHA SANDHA

PENYANYI LELAKI POPULAR
- HAFIZ NANO

PENYANYI WANITA POPULAR
- YUNA

ANUGERAH PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT 
DATUK SHEILA MAJID


ANUGERAH SERI PERAK


 DATUK SITI NURHALIZA



ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR BERITA HARIAN 25






Senarai artis yang terlibat dalam siaran langsung ABPBH 2011

Raja Azura

Sharifah Shahira

Zizan Razak

Didie Alias

Penyampai Trofi ABPBH 2011

Ady Putra

Afdlin Shauki

Bintang Idola

Chad Hot.Fm

Datuk DJ Dave

Datuk Yusuff Haslam

Deen Hot.Fm

Eman Manan

Erra Fazira

Fazura

Harun Salim Bachik

Mustafa Kamal

Nora Danish

Normala Shamsuddin

Nurul Syuhada

Ridzuan Hashim

Rosyam Nor

Shafiq Yusuff

Shamsul Yusuff

Wan Maimunah

Juara Bintang Idola Berita Harian ABPBH 2011

Persembahan ABPBH 2011

Aaron Aziz

Adira

Aizat

Alyah

Amy Search

Anuar Zain

Azhar BIBH

Azlan Typewriter

Black

Bob

Datuk M.Nasir

Datuk Sheila Majid

Datuk Siti Nurhaliza

Dayang Nurfaizah

Ezlynn

Faizal Tahir

Fauzi Nawawi

Hafiz

Hazama

Jaclyn Victor

Lisa Surihani

Lisdawati

Man Keedal

Maria Farida

Mas Idayu

Maya Karin

Najwa Latiff

One Nation Emcees

Ramhlah Ram

Salma

Shiha Mentor

Shila Amzah

Stacy

Tam Spider

VIP

Watie Elite

Ziana Zain


SEKITAR ABPBH 25 ( 2011 )











LAYAN VIDEO PULAK JOM !!!

Najwa Latif ft. Black - Seiring & Sejalan @ ABPBH 2011



Fizz Fairuz sebak+sedih berucap @ ABPBH 2011





TAHNIAH DIUCAPKAN UNTUK YOU ALLs YEAH!!! 

sebelum berpisah, fia nak kongsikan satu image ni.. :)
bagi fia 'its AWESOME' sangat..


hehehe.. okayyyhhh.. goodbyee ^____^











04 April 2012

Biar Pun Kita Tidak Makan Babi, tapiii...


“Orang Jepun tanya kenapa orang Islam tak boleh makan babi?” sekumpulan pelajar berbual santai bersama saya.
“Apa yang kamu jawab?” saya ingin tahu.
“Kami beritahulah mereka, selain Allah tidak benarkan, hikmahnya ialah di dalam daging babi itu ada sejenis organisma yang tidak boleh dimatikan walaupun dengan kepanasan 10000 Celcius!” kongsi mereka.
“Habis, apa kata mereka?” saya terus mendengar.
“Mereka tidak percaya!” kata anak-anak muda itu.
Kami ketawa.
Selain keabsahan fakta itu sendiri, memang orang Jepun susahlah hendak percaya. Mereka makan babi semenjak kecil, tetapi mati umur 80 tahun. 100 tahun pun ada. Umur 70 tahun, masih bersemangat membelek topi terkini di pasaraya terkemuka Tokyo dalam keadaan bongkok tiga.
Kita yang makan makanan Halal ini (ada cap JAKIM lagi), umur 35 tahun didiagnos dengan sindrom metabolik. 40 tahun disahkan mengidap diabetis. 50 tahun angina. 55 tahun stroke. 60 tahun,Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’oon!
Itu sudah dikira ‘okay’.
Di situlah mungkin tersilapnya kita. Begitu berhati-hati pada memastikan makanan yang dimakan itu HALAL, terlupa bahawa HALAL sahaja tidak cukup. Kalau mahu makan ikut peraturan Allah, makanan bukan sahaja perlu HALALAN malah TAYYIBAN. Halalan itu adalah kepatuhan kepada Syariatullah. Tayyiban pula adalah kepatuhan kepada Sunnatullah. Mematuhi peraturan Sains Pemakanan.
Halalan tengok ingredients.
Tayyiban tengok nutrition facts.
Dua-dua itu Islam.
Ambil separuh, tinggal separuh, tidak dapat khasiat Islam

Bayangkan contoh berikut:
Seekor unta (haiwan ‘Islam’), kelahiran Arab Saudi (berhampiran Mekah), disembelih oleh Imam (bukan sebarang orang), Imam besar (bukan sebarang Imam), Imam besar Masjid negara (bukan sebarang masjid), sembelih pula subuh Jumaat (bukan sebarang masa), Jumaat terakhir bulan Ramadan (bukan sebarang Jumaat), malam tadi Lailatul Qadar!
Allahu Akbar!
Betapa HALALnya unta itu!
Ia dimasak kari, dimakan oleh Pak Haji pesakit darah tinggi…. mati orang tua itu!
Sifirnya ialah, makanan itu sangat Halal, tetapi tidak baik. Tidak Tayyib, untuk pesakit darah tinggi seperti Pak Haji!
Mati makan unta. Bukan makan babi.

DR. HINOHARA SHIGEAKI


‘Makanan Dr. Hinohara tiada label Halal, tetapi…’

Benar sekali kata-kata seorang manusia luar biasa bernama Dr. Hinohara Shigeaki, seorang doktor berbangsa Jepun kelahiran tahun 1911.
Kata beliau, biar pun ada pelbagai petua, saranan dan pilihan hidup di kalangan mereka yang berusia panjang, satu perkara yang pasti ialah tiada di kalangan mereka itu yang obes!
Kalau saya mahu menyeru Islam di bumi kelahiran Dr. Hinohara, saya mesti tunduk kepada nasihat beliau itu. Jadi ‘ustaz obes’ memang tidak kool. Bagilah apa-apa alasan pun.
Harap kita semua pun begitu.
Babi hindarkan. Nasi Arab dan kambing, berpada-padalah!



SUMBER : ABU SAIF @ www.saifulislam.com