
hoho... harinie dah masuk taun baru kan adik2.. amboiii kemain lagi seronoknye.. tp sedar tak yg kita ni semakin dewasa / tua and banyak benda baru yang bakal kita lalui.. so jangan nak seronok2 sangat okayy sayang sayang ku :)
hehehe... SEMUA ORANG DUK SEBOK BUAT ENTRY PASAL 2012.. FIA PON NAK hapdet UPDATED JUGAK ENTRY PASAL 2012 ... sebok je si fia ni kan... hehehe <3
TAJUK ENTRY : ALL IN 2011
** banner kemain besar lagi tulis 2012 tp nak buat entry pasal 2011
suka hati haku la
KEJAYAAN MALAYSIA KEBANGGAAN RAKYAT
1) SULTAN KELANTAN MENCEMAR DULI DGN MENGUTIP SAMPAH BERSAMA RAKYAT.
Sultan Muhammad V menyembelih lembu korban pada majlis korban di Kompleks Islam Jubli Perak, Panji, Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU 7 Nov 2011 – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra mencemar duli menghadiri majlis ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha anjuran MAIK di Kompleks Islam Jubli Perak, Panji di sini hari ini.
Sebanyak 43 ekor lembu disumbangkan oleh Maxis, jabatan dan agensi kerajaan dan negeri serta baginda Sultan mengorbankan seekor lembu dan seekor kerbau di majlis tersebut malah baginda telah melakukan penyembelihan terhadap lembu yang pertama dikorbankan.
Sultan Muhammad V menyembelih lembu korban pada majlis korban di Kompleks Islam Jubli Perak, Panji, Kota Bharu, semalam.
Turut hadir Setiausaha MAIK Che Hamat Che Muda, Ketua Wilayah Pantai Timur Maxis, Che Mazlan Mokhtar, petugas-petugas penyembelihan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu -Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) serta penduduk kampung yang mempunyai kemahiran menyembelih dan melapah daging.
Menurut Che Hamat, ibadah tersebut merupakan rutin tahunan anjuran MAIK yang diadakan pada hari kedua raya korban dan mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk imam-iman seluruh Kota Bharu yang mengalunkan takbir sepanjang majlis berlangsung.
‘‘Hasil daging korban hari ini akan diagih-agihkan kepada lebih kurang 1,000 penduduk miskin di sekitar kawasan kompleks, kariah di Masjid Panji dan Masjid Muhammadi, Kota Bharu.
Utusan Malaysia
2)
SINGAPURA PULANGKAN LOJI AIR MALAYSIA.
PEMANDANGAN Loji Air Gunung Pulai, Pontian yang diserahkan semula oleh Singapura kepada Johor selepas Perjanjian Air 1961 tamat secara rasmi kelmarin.
JOHOR BAHRU,31 OGOS 2011 – Singapura menyerahkan semula dua loji rawatan air serta dua rumah pam kepada Johor selepas tamat Perjanjian Air 1961 secara rasmi kelmarin.
Selain Loji Air Gunung Pulai, republik itu menerusi Lembaga Perbekalan Awam Singapura (PUB) menyerahkan Loji Air Sungai Skudai, Rumah Pam Tebrau dan Rumah Pam Pontian berikutan tamatnya kontrak bekalan air selama 50 tahun.
Majlis penyerahan keempat-empat prasarana kemudahan rawatan air itu disaksikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Loji Air Gunung Pulai kelmarin.
Ia disempurnakan secara bersama oleh Pengerusi PUB, Tan Gee Paw dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Obet Tawil.Turut hadir ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan.
Keputusan untuk menyerahkan kemudahan air itu secara percuma dicapai semasa pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong pada 24 Mei tahun lalu.
Sebelum ini, dilaporkan penyerahan kemudahan air oleh PUB itu akan menghasilkan tambahan 681 juta liter air bersih sehari untuk negeri Johor.
Ekoran tamatnya perjanjian itu, Johor akan mengurus 43 daripada 44 loji rawatan air di negeri itu manakala PUB akan terus menguruskan Loji Rawatan Air Sungai Johor dan Empangan Linggiu di Johor.Terdapat dua Perjanjian Air Johor-Singapura iaitu Perjanjian Air 1961 yang tamat pada 31 Ogos 2011 dan Perjanjian Air 1962 yang akan tamat pada 2061.
3)
PENUBUHAN KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA.
24 JUN 2011 : Penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia di Stesen LRT Kelana Jaya telah membuktikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib prihatin terhadap rakyat. Ini juga seiring dengan slogan RAKYAT DIDAHULUKAN yang dicetuskan oleh Perdana Menteri sebelum ini.
Biarpun pihak Pakatan memperlekehkan usaha penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia ini, ianya langsung tak menjadi “kudis” buat kerajaan malah ia sekaligus menunjukkan pihak pembangkang sudah tak senang duduk dengan usaha kerajaan mendekati rakyat.
Penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia ini sebenarnya membuktikan juga kerajaan tak meminggirkan keperluan asas rakyat walaupun kerajaan sedang fokus kepada menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Kedai Rakyat 1Malaysia yang menawarkan lebih dari 250 barang keperluan harian dengan harga paling minimum ini adalah kesinambungan usaha kerajaan mendahulukan rakyat selepas penubuhan Klinik 1Malaysia. Ternyata, slogan Rakyat Didahulukan bukanlah slogan kosong seperti yang didakwa pihak pembangkang.
Ketika ini, perancangan untuk meluaskan Kedai Rakyat 1Malaysia ini sedang giat dilakukan dan perbincangan kerajaan bersama pengusaha swasta sedang berjalan.
Selepas ini, rakyat Malaysia berpendapatan rendah dan sederhana akan dapat menikmati barang keperluan yang murah dan berkualiti hasil dari usaha murni kerajaan Barisan Nasional.
Datuk Seri Najib membuktikan yang beliau amat peka dengan nasib rakyat yang mahukan pembelaan dari kerajaan. Dan kerajaan Barisan Nasional membalas amanah rakyat ini dengan mengutamakan polisi membela untung nasib rakyat di semua peringkat lapisan.
Usaha kerajaan ini jelas menunjukkan bahawa Datuk Seri Najib sedar yang rakyat berpendapatan rendah terhimpit dengan kenaikan harga barang khususnya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar. Dan sebagai solusinya, Datuk Seri Najib memberikan alternatif yang amat baik kepada rakyat golongan tersebut dengan penubuhan Kedai Rakyat ini.
Nampaknya, jiwa besar yang ada pada Arwah Tun Abdul Razak Hussein telah diwarisi oleh Datuk Seri Najib.
Jika dulu Arwah Tun Abdul Razak memperkenalkan Restoran Rakyat pada tahun 70an dulu, kini Datuk Seri Najib pula memperkenalkan Kedai Rakyat 1Malaysia. Nampaknya, rakyat Malaysia amat beruntung mempunyai pemimpin seperti Datuk Seri Najib.
Langkah bijak Datuk Seri Najib ini pasti akan dapat membantu rakyat di dalam mengurangkan beban kehidupan seharian mereka. Dan jika diamati sambutan rakyat terhadap Kedai Rakyat 1Malaysia di Stesen LRT Kelana Jaya tersebut, ianya adalah diluar dugaan.
Respon rakyat amat baik terhadap apa yang dilakukan oleh pemimpin nombor satu negara ini. Ramai yang menyifatkan usaha Datuk Seri Najib ini menunjukkan beliau adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan mereka sangat berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional.
Tentang pihak Pakatan yang menghasut supaya rakyat memboikot Kedai Rakyat 1Malaysia, itu sudah menjadi kerja mereka didalam memfitnah kerajaan. Mereka bimbang rakyat akan semakin menyokong Datuk Seri Najib dan juga kerajaan Barisan Nasional dengan penubuhan Kedai Rakyat ini.
Pemimpin Pakatan pasti tak akan mampu tidur lena dengan segala tindakan mendahulukan rakyat yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib. Mereka sedar yang mereka hanya mampu berjanji kosong sedangkan Datuk Seri Najib yang telah merealisasikan semua keperluan rakyat!
Che_Wan
4)
PELAJAR UNIVERSITI BEBAS BERPOLITIK.
PELAJAR universiti kini bebas berpolitik setelah Seksyen 15 AUKU 1971 dipinda. – Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi membolehkan pelajar yang mencapai umur 21 tahun menyertai parti politik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara itu semasa membentangkan usul memansuhkan Proklamasi Darurat pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
“Di atas segalanya, kerajaan percaya kepada kematangan dan kebijaksanaan para mahasiswa.
“Dengan itu, bagi menghormati hak Perlembagaan mahasiswa dan mahasiswi negara yang telah mencapai umur baligh undang-undang atau age of majority, kerajaan akan pinda Seksyen 15 AUKU 1971 bagi membenarkan mereka menjadi ahli parti politik,” katanya.
kosmo online
5)
PEMASYHURAN YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14.
Alhamdulillah semalam Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam telah diisytihar oleh Majlis Raja-raja sebagai Yang Dipertuan Agong yang baru. Ini bermakna baginda adalah sultan pertama diisytihar sebagai Yang Dipertuan Agong buat kali yang kedua sekaligus sebagai Yang Dipertuan Agong yang ke-14.
Walaupun Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim sudah berumur 83 tahun, tapi masih mantap lagi. Kalau sebelum ini, baginda pernah diisytihar menjadi Yang Dipertuan Agong ke 5 antara tahun 1970 hingga 1975. Cuma disebabkan panjang usia Baginda, tercipta satu sejarah pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak kewujudannya pada tahun 1957, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim menaiki singgahsana takhta negara untuk kali yang kedua.
KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya pada Jumaat bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini.- BERNAMA
Kita doakan sahaja kesihatan dan dipanjangkan usia Sultan Kedah inisepanjang bergelar Yang Dipertuan Agong ke 14 ini supaya masih boleh lakukan tugas-tugas dengan baik. Ini sedkit biodata baginda Sultan Kedah :
- Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
- Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.
- Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.
Sepanjang yang kami ketahui, (betulkan jika kami tersilap) Yang Di Pertuan Agong tidak boleh dipilih untuk kali kedua kecuali jika telah kesemua raja/sultan negeri lain sudah menerima giliran masing-masing. Setelah memang semua Sultan/Raja negeri lain telah mengambil giliran untuk pusing kedua, selepas Negeri Sembilan, Selangor, Perlis dan Terengganu pun sudah. Kini giliran negeri Kedah menyaksikan Sultan Kedah diisytihar Yang Dipertuan Agong ke 14 yang baru.
Berikut adalah senarai Yang di-Pertuan Agong dari yang pertama sehinggalah yang ke-13:
- Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.
- Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.
- Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000.
- Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979.
- Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975.
- Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979.
- Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984.
- Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 22 Januari 2010.
- Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994.
- Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2009.
- Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001.
- Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006.
- Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-2011.
P/S : Kami di sini berharaplah sangat sementara 5 tahun yang ada ini, dapatlah kiranya tuanku dipertemukan jodoh seterusnya digandingkan jika diisytihar sebagai Yang Dipertuan Agong untuk 5 tahun daripada sekarang.
sumber : Berita Semasa
6) SULTAN KEDAH HARAP MALAYSIA TERUS AMAN.
KUALA LUMPUR, 13 Dis. – Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 berharap Malaysia akan terus aman damai dan semua kaum hidup dengan persefahaman dan bertoleransi.
Baginda gembira kerana secara keseluruhannya perpaduan rakyat adalah baik serta boleh ditingkatkan jika semua pihak meletakkan kepentingan negara lebih daripada kepentingan kaum atau politik.
Sultan Abdul Halim yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima bagi tempoh 21 Jan 1970 hingga 20 September 1975, mengimbau kembali peristiwa pahit pada 13 Mei 1969 dan berharap ia tidak harus dibiarkan berlaku lagi.
“Kadangkala orang politik mengambil jalan mudah untuk mengekalkan populariti dengan memainkan isu agama dan perkauman. Inilah yang membuatkan keresahan dan kucar-kacir dalam masyarakat,” titah baginda.
Sultan Abdul Halim, 84, yang berkelulusan dalam bidang sains sosial dan pentadbiran awam dari Wadham College, Oxford, United Kingdom bersyukur kerana pertama kali baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein merupakan Perdana Menteri pada masa itu dan kali ini anak Abdul Razak, Datuk Seri Najib pula menjadi Perdana Menteri.
Menyentuh mengenai kemajuan dan pencapaian negara sejak 54 tahun mencapai kemerdekaan, baginda bertitah, Malaysia telah mencapai usia yang matang.
“Jadi pemimpin dan rakyat haruslah juga matang membuat sesuatu tindakan.
“Kekuatan negara kita terletak kepada kestabilan politik dan ketenteraman awam serta untuk kemajuan masa hadapan, dua perkara ini haruslah dipertahankan,” titah baginda yang pernah menyertai perkhidmatan awam negeri Kedah pada 1950an sebelum dilantik sebagai pemangku Sultan Kedah pada Mac 1957 apabila ayahandanya, Almarhum Sultan Badlishah Sultan Abdul Hamid, berangkat ke luarnegara.
Baginda menaiki takhta pada 15 Julai 1958 selepas kemangkatan Sultan Badlishah dan ditabal sebagai Sultan Kedah ke-28 pada 20 Februari 1959.
7) HARIMAU MALAYA MENANG PINGAT EMAS.
Tahniah! Tahniah! Tahniah! Harimau Malaya berjaya membenam sang garuda, Indonesia. Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA dengan menewaskan Indonesia melalui sepakan penalti setelah perlawanan seri 1 sama. Malaysia berjaya menyempurnakan sepakan penalti sebanyak empat kali melalui Mahali, Fandi, Fadhli dan Baddrul. Namun sepakan Fakri dapat diselamatkan oleh penjaga gol Indonesia, Meiga. Manakala Indonesia pula, sepakan Bonai, Eigi dan Abdul Rahman berjaya menjaringkan gol.
Pasukan Harimau Muda Malaysia Tewaskan Garuda Muda Indonesia 1-0
Khamis lalu Pasukan Harimau Muda Malaysia menewaskan Garuda Muda Indonesia 1-0. Kemenangan tersebut menyaksikanPasukan Harimau Muda Malaysia mara ke saingan separuh akhir apabila mengungguli Kumpulan A dengan mengumpul sepuluh mata – satu mata di hadapan Indonesia yang turut menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik pada temasya kali ini.
Pasukan Harimau Muda Malaysia Tewaskan Myanmar 1-0
Sabtu lalu Pasukan Harimau Muda Malaysia berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir bola sepak apabila menewaskan Myanmar 1-0. Sekaligus Pasukan Harimau Muda Malaysia menjadi pasukan pertama yang melayakkan diri ke perlawanan akhir yang berlangsung Semalam.
Video Jaringan Gol Perlawanan Akhir Pasukan Harimau Muda Malaysia Menentang Indonesia
**sila ke you tube dan search
- Gol Pertama Jaringan Indonesia
http://www.youtube.com/watch?v=9pNirApdglI&feature=player_embedded
- Malaysia menyamakan kedudukan melalui tandukan Asraruddin Putra Omar pada minit ke-35
http://www.youtube.com/watch?v=aEGOaibYFSc&feature=player_embedded
- Sepakan penalti detik kemenangan Malaysia.
http://www.youtube.com/watch?v=xYyTjIveqaI&feature=player_embedded
Tahniah sekali lagi KM ucapkan kepada Pasukan Harimau Muda Malaysia atas kemenangan menewaskan Indonesia semalam dan sekaligus membuatkan penyokong Indonesia terdiam, terkedu dan meninggalkan stadium kosong dalam masa 10 minit.
Kredit Info : mstar.com.my : Sukan Sea: Pasukan Harimau Muda Malaysia Raih Pingat Emas DAN http://kamalmustafa.com/pasukan-harimau-muda-malaysia-menang-pingat-emas.html
8)
KEJAYAAN SUKAN NEGARA.
Tahun 2011 benar-benar memberi impak yang positif kepada negara apabila kemenangan demi kemenangan telah dicipta oleh para pemain sukan negara..
TAHNIAH DIUCAPKAN... :) BANGGA JADI WARGA MALAYSIA!!!
a) Kejayaan bola sepak negara.
Kejayaan manis tercipta dalam sukan bola sepak negara apabila skuad HARIMAU MUDA berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2011 di Indonesia dengan mengalahkan tuan rumah menerusi sepakan penalti. Selain itu, skuad Kelantan pula berjaya menjuarai saingan Liga Super buat pertama kali dan manakala Negeri Sembilan pula muncul juara Piala Malaysia dan Terengganu memenangi piala FA.
b) Kejohanan Badminton
Kejayaan Zulfadhli menjuarai Kejohanan Remaja Dunia mencatat sejarah baharu dalam sukan badminton negara. Namun lebih penting ia juga membuktikan bahawa pemain muda ini mampu menggantikan Chong Wei suatu masa nanti.Namun perjalanan masih jauh buat pemain Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) itu dan diharap mampu membawa lebih kejayaan kepadanya.
c) Jaguh wanita 400 meter lari berpagar.
Jaguh 400 meter lari berpagar, Noraseela Khalid telah membuktikan kemampuan sebenarnya apabila menyumbang emas dala acara 400 METER LARI BERPAGAR pada SUKAN SEA 2011 Indonesia, November lalu.
d) DATUK LEE CHONG WEI - Badminton.
Bintang badminton negara ini terus mengekalkan status pemain ranking No.1 dunia.Chong Wei merangkul enam (6) gelaran sepanjang tahun ini, namun yang paling istimewa ialah dia berjaya menjuarai Kejohanan Seluruh ENGLAND Mac lalu. Kini dia menjadi harapan untuk memenangi pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik London 2012.
** di tweeter Datuk Seri Najib Tun Razak
e) Datuk Nicol David - skuasy
Ratu skuasy negara ini berjaya mengekalkan gelaran ranking no.1 dunia yang dipegang sejak 2006. Pemain kelahiran Pulau Pinang itu telah memenangi enam (6) gelaran siri jelajah WISPA tahun ini dan termasuk pingat emas Sukan Asia. Sukan Komenwel dan Kejuaraan Dunia 2011. Lebih manis, ia gelaran dunia keenam berturut-turut buatnya.
9) FENOMENA FILEM HANGAT DI MALAYSIA.
Kalau cakap je pasal filem,mesti semua orang boleh listkan ape filem yang hangat tahun 2011 kan? TERBAIKK! cuba list kan kemenangan sukan dalam negara untuk tahun 2011 ni? sorang pon tak boleh.. huhue.. so means FILEM-FILEM yang baru dikeluarkan pada tahun 2011 tu betul-betul memberi impak yang besar kat korang mahupun producernya sendiri.. MASYUKKK jerr kan.. :)
okayy..fia senaraikan 3 ajer antara filem-filem yang HANGAT TAHUN 2011. yela,kalau nak list semua mmemamng tak cukup tangan la si fia ni. :
a)
Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2
Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 menduduki singgasana film terlaris 2011 dengan pendapatan mencapai $377,088,000 untuk wilayah USA saja. Total pendapatan seluruh dunia sampai september 2011 adalah $1,321,088,000. Rilis pada tanggal 15 Juli 2011, langsung mendapatkan antusiasme besar dari para Harry Potter Mania.
Sinopsis Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 :
Menceritakan kisah final Harry potter, pertempuran terakhir antara Harry Potter dan Orde Phoenix dengan Lord Voldemort dan menghentikan para pelahap maut. Dalam Harry Potter 7 ini, akhirnya Snape Severus terbunuh oleh Lord Voldemort, disamping juga cerita tentang matinya Harry Potter akibat kutukan mantra mematikan "Avada Kedavra".
Dalam film Herry Potter ini, akhirnya Lord Voldemort mampu dimusnahkan oleh Harry Potter, dan kisah ending bahagia Harry Potter yang kemudian menikah, memiliki anak dan menyekolahkan anak-anaknya ke sekolah sihir Hogwarts.
b)
KL Gangster
Tahniah kepada Syamsul Yusof kerana filem baru beliau iaitu KL Gangster berjaya mengutip 1.5 juta mengalahkan filem Kongsi dan menjadi kutipan filem tertinggi dalam sejarah filem Malaysia
Sinopsis KL Gangster :
KL Gangster mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.
c) OMBAK RINDU.
**ehem ehem.. filem ni fia nak highlight sikit.. hehe.. nak tau kenapa.. sbb fia suka gila tengok filem ni.. rasa macam nak tengok dua tiga kali.. hehehe.. ececehh..nak promote pulak. :)
Setakat ini,Filem Ombak rindu dah mencecah RM 11.2 juta.. WOW!! Ombak Rindu adalah filem dari adaptasi novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari yang kini novel tersebut telah mencapai cetakan ke 19 untuk tahun 2011 ini dan masih mendapat sambutan.
Sinopsis Ombak Rindu :
Kisah Izzah, gadis kampung yang dijual kepada Hariz untuk dijadikan perempuan simpanan. Tetapi Izzah minta supaya mereka berkahwin. Apabila sudah berkahwin, Hariz layan Izzah bagaikan orang gaji. Hariz kemudiannya berkahwin dengan Mila seorang model. Akhir sekali barulah Hariz sedar yang cinta nya untuk Izzah.
10 ) WEDDING OF THE YEAR !!!
Majlis persandingan Memey dan Norman Hakim
Pada malam 28 September yang lalu telah berlangsungnya majlis perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang bernilai hampir RM12 juta yang diadakan di Crowne Plaza Mutiara Hotel, Kuala Lumpur.. Majlis perkahwinan yang dikatakan Wedding Of The Year tu bertemakan ‘New York in Black & White’ dan turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran 200 orang tetamu yang terdiri daripada rakan-rakan artis dan wakil media sahaja.
Pada majlis resepsi yang bernilai jutaan ringgit tu, Memey telah mengayakan gaun pengantin rekaan Vera Wang dibeli khas dari Hong Kong… manakala kasut pula ditaja oleh pereka kasut terkenal, Jimmy Choo dan dihiasi dengan dua set rantai Rafflesia White South Sea Pearls dan Rafflesia Golden South Sea Pearls tajaan Rafflesia.
Norman Hakim pula ditaja oleh Cosmopolitan dan Bohemian suit dari Lords Tailor.
kedua pengantin baru ni turut diserikan lagi dengan pengapit yang tidak kurang hebatnya.. Memey Suhaiza telah diapit oleh Miera Liyana, Julia Ziegler, Eina dan Fathia manakala Norman Hakim pula diapit oleh Afiq Muiz, Fizz Fairuz dan dua orang pelakon Indonesia Didi Riyadi dan Samuel Rizal.
Bagi sesiapa yang ingin melihat kesemua baju, barang kemas dan kek perkahwinan yang digunakan dalam majlis perkahwinan 12 juta Norman Hakim dan Memey Suhaiza ni, Korang boleh tengok di pameran Muzium Negara pada 26 November ni sampai lah 31 December 201
Tapi sebelum tu apa kata kita tengok dulu gambar-gambar semasa berlangsungnya majlis perkahwinan 12 juta Norman Hakim dan Memey Suhaiza kat bawah ni .
*Norman Hakim dan Memey dalam majlis resepsi 12 jutanya
* Dr. Jimmy Choo dan teraju utama Rafflesia bergambar bersama Norman dan Memey
* Gaun mutiara Rafflesia direka oleh tiga pereka tempatan dan ia bertatahkan mutiara gred A yang bernilai RM500,000.
fuhh!!! kalau nak ikut kan gambar mereka memang banyak la kan.. hehehe.. comel kan mereka.. tp lepas wedding diiorang ni,banyak jugak cerita yang kita dengar.. isk3.. dr sebelum kahwin sampai lah dah kahwin,mulut orang tak habis nak mengata pasangan ni.. tak pe.. fia doakan mereka bahagia selalu :)
AMINNNN :)
MAKA BERAKHIRLAH SESI SOROTAN 2011 fia.. hehehe.. panjang jugak entry nie kan.. :)
anyway,ini aje la yang fia mampu kongsi mengikut pengetahuan dan juga masa yang fia ada untuk updated blog yang dah lama bersarang ni :)
HOPE 2012 DAPAT MEMBERIKAN KITA SEMUA PENAMBAH BAIKAN DARIPADA SEMUA SEGI.. insyallah :)