SAYA SAYANG MEREKA !!!

30 December 2011

KHAS BUAT PELAJAR TINGKATAN 4 (2012)



Tingkatan Empat bukan masa berehat!!!

 
TAHNIAH diucapkan kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam. Kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa. 

Belajar dari kesilapan dan cuba untuk memperbaiki pencapaian anda dalam peperiksaan yang jauh lebih penting iaitu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kumpulan pelajar yang memperoleh keputusan PMR ini akan melangkah masuk ke peringkat menengah atas.


** klik gambar untuk tumbesaran  :)  


Ramai yang berpendapat Tingkatan Empat ialah tahun honeymoon. Tanggapan ini perlu diperbetulkan. Tiada istilah bulan madu atau honeymoon dalam usaha memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan seterusnya yang lebih mustahak.


Sebahagian soalan dikemukakan dalam peperiksaan SPM dalam semua mata pelajaran seperti Matematik, Sejarah, Biologi dan Sains ialah soalan dalam topik yang diajar ketika mereka berada dalam Tingkatan Empat walaupun peperiksaan SPM hanya diambil ketika mereka berada pada tahap Tingkatan Lima. 

Justeru teruskan momentum kecemerlangan anda apabila melangkah masuk ke Tingkatan Empat. Dengan menguasai topik dalam apa jua mata pelajaran yang diajar ketika mereka berada dalam Tingkatan Empat, jadi beban untuk menguasai konsep sesuatu mata pelajaran yang diajar dalam Ting-katan Empat dan Tingkatan Lima sedikit sebanyak dalam dikurangkan ketika mereka berada di Tingkatan Lima. 

Di samping itu, strategi pembelajaran yang berkesan perlu dipraktikkan agar sesuatu konsep yang dipelajari dapat dikuasai untuk jangka yang panjang. 



Pelajar Tingkatan Tiga yang bakal memasuki Tingkatan Empat kebiasaannya akan memilih aliran yang mereka minati. Kebiasaannya pelajar yang memperoleh keputusan yang baik dalam PMR lebih cenderung memilih aliran sains tulen dan kejuruteraan. 


Pelajar yang berada dalam kumpulan yang kurang bernasib baik lebih cenderung untuk memilih aliran vokasional dan sebagainya. Justeru, pelajar perlu bijak memilih aliran mengikut tahap kebolehan dan minat mereka. 

Jangan memilih aliran tertentu disebabkan mengikut kawan sedangkan diri sendiri tidak berminat dengan aliran berkenaan. 

Banyak kajian yang membuktikan sikap mempengaruhi pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Begitu juga terdapat sebilangan pelajar yang memilih aliran yang lebih ‘glamour’ seperti sains tulen dan kejuruteraan sedangkan aliran itu tidak sepadan dengan tahap kemampuan mereka. Jadi pelajar perlu ‘ukur baju di badan sendiri’ supaya aliran yang bakal dipilih tidak menjadi beban untuk diikuti sehinggalah ke peperiksaan SPM. ada dua belas mata pelajaran. 

ikhlas dari,


ABDUL HALIM ABDULLAH, 

Fakulti Pendidikan, 

Universiti Teknologi Malaysia, 
Skudai, Johor.





Sepintas petikan dari media cetak  :)

PUTRAJAYA, 22 Dis – Seramai 34,271 pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, berbanding 30,863 pelajar pada 2010, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud. 
Angka itu adalah peningkatan 0.75 peratus, katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini.
“Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini.
Katanya kementerian itu berterima kasih kepada guru dan pelajar serta semua pihak yang berkenaan atas usaha mereka membantu meningkatkan GPN tahun ini.
Abd Ghafar berkata bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini.
Calon yang mendapat minimum gred D pula meningkat 61.88 peratus kepada 272,966 berbanding 265,388 tahun lalu, katanya.
Bagi pencapaian calon luar bandar pula, mereka yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 6,474 orang berbanding 5,825 tahun lalu, manakala calon di bandar yang mendapat semua A melonjak 0.86 peratus kepada 26,189 berbanding 24,084 orang tahun lepas.
Calon yang mendapat semua gred E pula terus menunjukkan penurunan baik di bandar mahupun di luar bandar, iaitu di bandar hanya 216 orang berbanding 249 tahun lepas, sementara di luar bandar menurun kepada 121 berbanding 132 orang pada 2010.
“Nilai GPN calon bandar menurun sebanyak 0.04 mata berbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata. Namun pada keseluruhannya, pencapaian calon Bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar,” katanya.



Amalan di dunia penentu kehidupan akhirat





okayyy..HARI NIE HARI JUMAAT KAN???
so mai sini fia nak berceramah sikitt...ececehhh.. hehe
fia ada tebaca entry ni td and fia sangat berminat.. hope korang bagi masa jap baca ni.. :)



Umat Islam wajib percaya setiap perbuatan pasti dapat ganjaran sama ada dosa atau pahala

Oleh Anwar Patho Rohman


ALLAH SWT menyediakan dua penempatan kepada manusia iaitu penempatan sementara di dunia dan penempatan kekal di akhirat. Di penempatan pertama, Allah SWT mendatangkan kepada manusia pelbagai ujian kepada orang Islam dan bukan Islam, beriman atau sebaliknya.

Di penempatan akhirat, Allah SWT menjanjikan balasan kepada manusia sama ada syurga atau neraka, bergantung kepada nilai amalan manusia sepanjang hayat mereka di dunia yang dihitung menerusi timbangan antara pahala atau dosa.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan cari pada apa yang dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat dan jangan kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi dan berbuat baik (kepada orang lain) seperti Allah berbuat baik kepadamu dan jangan kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang berbuat kerosakan.” (Surah Al-Qasas, ayat 77).

Sesungguhnya keseimbangan Islam berkaitan dunia dan akhirat tidak boleh dilihat dengan nombor dan bilangan tetapi melihat keseimbangan ditetapkan Allah SWT. Dalam Islam tidak ada pemisahan antara dunia dan akhirat, bahkan kedua-duanya saling berkait antara satu sama lain.

Ajaran Islam tidak pernah memisahkan antara urusan dunia dan akhirat kerana semuanya akan dinilai di akhirat nanti. Justeru, manusia mesti melakukan urusan keduniaan yang menepati ajaran Islam untuk mendapat nikmat atau azab di akhirat.

Bagaimanapun, fitrah hati dan diri manusia cenderung melihat bukti atau dalil yang dapat mengukuhkan kepercayaan mereka terhadap perkara dijanjikan Allah SWT seperti bukti kewujudan pahala, dosa, syurga dan neraka serta semua perkara yang tidak dapat dilihat pada mata kasar. 


Sedangkan hakikatnya, persoalan dosa dan pahala serta syurga dan negara termasuk kiamat adalah termasuk dalam perkara ghaib, yang tidak wajar diperkatakan melainkan berpandukan nas dan dalil al-Quran dan Sunnah.

Walau bagaimanapun, sebagai Muslim yang beriman kepada Allah SWT, kita hendaklah melakukan amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah dan menghindarkan setiap apa yang mendekatkan diri kepada neraka.

Orang beriman harus memahami konsep Islam ialah agama yang memperseimbangkan antara tuntutan hidup di dunia dan akhirat. Segala harta kurniaan Allah hendaklah diguna dan diuruskan kepada perkara kebaikan yang mendapat ganjaran di akhirat.

Kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di akhirat tidak mungkin dapat dikecapi tanpa melakukan amalan baik ketika di dunia seperti menafkahkan harta pada jalan Allah, mengeluarkan zakat, bersedekah selain melaksanakan perintah wajib seperti solat lima waktu.

Keseimbangan dunia dan akhirat akan mewujudkan umat Islam yang sentiasa memberi manfaat pula kepada sekalian manusia. Justeru, umat Islam perlu sentiasa berwaspada agar tidak berlaku pengabaian antara kedua-dua tuntutan berkenaan dalam kehidupan seharian. 

Dalam apa juga aspek kehidupan, Islam mengingatkan kita mengenai dua kehidupan yang perlu diseimbangkan iaitu dunia dan akhirat. Malangnya, dalam keghairahan umat Islam mengejar impian hidup di dunia, ada masanya mereka tergelincir daripada landasan agama sehingga mengabaikan kepentingan akhirat. 

Pada masa sama, wujud pula kumpulan yang berpendirian mahu mengutamakan akhirat semata-mata sehingga meninggalkan kehidupan dunia.

Menyentuh perkara ini, pensyarah bebas, Harryanto Rizal Rokman menegaskan, perkara itu berlaku disebabkan manusia hanya dapat melihat atau nampak kehidupan serta keseronokan dunia tetapi tidak dapat melihat kehidupan akhirat kerana ia perkara ghaib.

“Bagaimanapun, amalan kita di dunia itu yang akan menentukan nasib kita di akhirat sama ada menuju ke syurga atau neraka. Akan tetapi disebabkan manusia tidak nampak akhirat, mereka tersilap untuk membezakan mana yang lebih penting adakah dunia atau akhirat,” katanya pada majlis Forum Hal Ehwal Islam bertajuk Dunia Diuji, Syurga Dinikmati anjuran bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan The New Straits Times Press (NSTP) di Balai Berita, kelmarin.

Dalam bentuk sindiran, beliau menjelaskan, manusia mungkin akan berlumba-lumba mengerjakan amalan jika Allah SWT memberi keizinan kepada mereka untuk melihat jumlah amalan mereka seperti kita dapat memeriksa jumlah simpanan di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Kalau pahala boleh diperiksa macam kita periksa duit KWSP, sudah tentu manusia akan gembira kerana dapat mengetahui jumlah amalan mereka. Walaupun simpanan itu belum boleh diambil, tetapi kita nampak. Dapat tengok berapa banyak jumlahnya pun akan menggembirakan walaupun tidak dapat lagi.

“Akan tetapi, pahala, dosa dan akhirat ini perkara yang tidak nampak kerana Allah hendak menguji manusia di dunia bagi menentukan kehidupan mereka di akhirat sama ada ke syurga atau neraka,” katanya.

Seorang lagi ahli panel forum, Abdul Halim Din menegaskan umat Islam perlu menyoal diri mereka dengan tiga soalan setiap hari selepas bangkit dari tidur iaitu siapa diri kita, untuk apa kita di dunia dan ke mana kita akan pergi selepas ini.

“Manusia perlu menjadikan Allah sebagai keutamaan dalam setiap aspek kehidupan, pengurusan dan pendapatan hartanya. Ia juga akan memastikan zakat dan sedekah dikeluarkan,” tegasnya.

26 December 2011

40 vs 10 FAKTA !!!



40 FAKTA LELAKI 
vs 
10 FAKTA PEREMPUAN








‎40 FAKTA TENTANG LELAKI !


1) Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.

2) Lelaki benci kekasih di'ngurat'

3) Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.

4) Ketika seorang lelaki berkata dia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.

5) "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.

6) Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.

7) Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.

8) Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.

9) Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.

10) Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.

11) Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. ... Jangan harap..

12) Lelaki juga boleh menangis!

13) Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.

14) Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.

15) Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.

16) Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.

17) Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.

18) Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.

19) Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.

20) Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi 

21) Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.

22) Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik.

23) Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.

24) Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.

25) Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.

26) Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri.
 
27) Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.

28) Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.

29) Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.

30) Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.

31) Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.

32) Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.

33) Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.

34) Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.

35) Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.

36) Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!

37) Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.

38) Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda.

39) Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.

40) Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis




10 FAKTA TENTANG PEREMPUAN !


10. Bila perempuan tanya, "How do I look today ?" please ! jangan bagi jawapan yang jujur. cakap je, cantik even korang sebenarnya rasa, hmmmm. LOL


9. Apabila perempuan cakap, "aku okay jelah", means, after that mesti dia rasa tak okay !


8. Percaya tak yang perempuan langsung tak tahu nak pakai apa bila korang ajak keluar sedangkan bila tengok dalam almari diorang, mak ai, baju diorang kalah artis korea ! *korang memang takkan faham perempuan*


7. Perempuan sebenarnya tak boleh simpan rahsia sebab bagi diorang, diorang akan try jugak bagitau orang lain walaupun itu kawan baik diorang sendiri and diorang tak anggap pun ini sebagai makan dalam or tak boleh dipercayai. opsss ! *korang mesti pernah kannn ?*


6. Benda yang paling perempuan tak suka ialah, pakai baju or dress yang sama waktu dinner or party. baru je korang sampai depan pintu, tup tup nampak kelibat perempuan lain pakai baju sama macam korang. bukan setakat itu aje, aksesori pon same ! tak boleh blahhhh. AHHA. kalau korang nampak aje mana-mana perempuan yang pakai baju sama dengan girlfriend korang, cepat-cepatlah bawak dia ke tempat lain sebelum diorang mengamuk ! hahaha


5. bagi perempuan, it's okay kalau manja dengan ayah which means daddy's girl tapi bila dapat tahu boyfriend atau mana mana kawan lelaki diorang mommy's boy, euwwww ! AHHA.


4. korang jangan terkejut kalau perempuan sanggup drive guna jalan yang jauh atau GPS daripada shortcut sebab takut sesat ! it's normal guys :))


3. Bila lelaki bersiap untuk keluar, diorang akan pakai seluar dulu pastu baru pakai baju kan ? tapi, sedar tak yang perempuan akan pakai baju dulu pastu baru pakai seluar. am i right ? hehe :DD


2. Percaya tak yang lelaki takkan perasan bila perempuan tengok lelaki lain tetapi, perempuan akan perasan bila lelaki atau boyfriend diorang tengok perampuan lain. okay, yang ini memang cari nahas ! hahaha.


1. Bila lelaki pergi holiday selama 7 hari, diorang tak kesah kalau bawak baju just untuk 2-3 hari aje sebab diorang kan memang tak kesah pakai baju yang sama banyak kali tapi bagi perempuan, 7 hari holiday diorang sama dengan sebulan diorang pergi holiday ! kalau boleh, semua baju dalam almari itu dia nak bawak ! kan ? jangan nak buat tak mengaku sangat la kan.  :)



**SUMBER DARI FACEBOOK <3

11 December 2011

SEGMEN KLIK CHURP-CHURP SAMPAI CASH-OUT



HYE HYE HYE :) 

lamanya fia tak updated kan.. sorry guys. hope korg faham ye. fia banyak sgt kerja since fia da start kuliah balik . 

okayy..kalini entry fia bukan nak mencemuh sape-sape atau bukan nak bercerita pasal hidup fia, tapi fia nak begging kat korang sangat-sangat.. hehehe.. begging ape ye???

FIA NAK BEGGING SUPAYA KORANG SERTAI SEGMEN KLIK CHURP-CHURP SAMPAI CASH-OUT :)  
ape la fia ni, nak suruh masuk segmen pun nak kene begging-begging ke??? hehehe

okay la.. kalini fia join adik chochoper punya segemen.
*banner dan link dibawah 







Nak join segmen ni senang je, untuk keterangan lanjut,sila klik link ye :)



hey hey hey!!! korang tak nak ke cash-out korang punya churp-churp tu??  
so bila lagi??? 


CEPAT JOIN SEKARANG!!!!

TARIKH TUTUP : 11.05.2012 on 12.00 am (BIRTHDAY FIA)
hehehehehehe.. :)
hope segmen ni dapat jadi hadiah utk hari jadi fia yang ke-20




06 December 2011

AL FATIHAH to RARA ZIKRY


MARILAH BERSAMA-SAMA KITA MEMULAKAN ENTRY INI DENGAN BACAAN AL FATIHAH 

ASSALAMUALAIKUM WARGA BLOGGERS  :)

hye :)  dah lama kan fia tak buat entry baru? hehe..sorry lerr yerr... fia busy sikit.Al maklum la fia dah start kuliah dah..so kne jadi blogger yg pasif balik  la :-/

straight to the tittle of my entry  :)

Entry kali nie fia nak berkongsi pasal seseorang yang baru je meninggalkan kita semua. 

SIAPA ????

RARA ZIKRY @ ZARITH NADHIRA BINTI MOHAMAD ZIKRI

**MAAF.GAMBAR TIDAK DAPAT DISIARKAN KERANA BELIAU TELAH MENINGGAL DUNIA PADA 01 DISEMBER 2011 **

Actually fia dah terlambat post pasal ni and fia tertarik untuk post pasal arwah rara ni pun sebab ramai yang masih tertanya-tanya siapa RARA ZIKRY sebenarnya???? kenapa dia terlalu famous ??? dan kenapa semua orang WAJIB mesti post entry pasal dia??? kalau nak tahu lebih lanjut, sila lah bertanya dengan PAKCIK GOOGLE  siapa si gadis cantik ni :)

Arwah adalah seorang penuntut di UNIVERSITY LIMKKOKWING dalam bidang INTERIOR DESIGN dan kalau korang jugak nak tahu, arwah juga seorang warga blogger  :) 
SEARCH : http://x-dazzle-x.blogspot.com/






NAK TAHU LAGI ??? 

: 
CREDIT TO : http://www.tumblr.com/tagged/rara_zikry


kalau nak tahu banyak lagi korang boleh ke blog2 ini 

1.http://lilgurlshasha.blogspot.com/2011/08/zarith-nadhira-binti-mohamad-zikri-rara.html
2.http://www.ohtidak.com/oh-semoga-allah-permudahkan-urusan-rara-zikry/
3.http://www.hafizstory.com/2011/12/rara-zikry-meninggal-duniaal-fatihah/
4.http://fatinbaharum.blogspot.com/2011/08/siapa-rara-zikry.html

and banyak lagi blog2 lain . so rajin2 la search ye :)

and actually sepanjang arwah sakit,family dia ada buat satu page contribution  medical expenses and siapa yang like page tu akan dapat tolong diorang kutip duit ala-ala kutip dana la.
Search this : http://www.facebook.com/pages/Contribution-for-Rara-Zikrys-medical-expenses/108780165888786?sk=wall 





AND nak tahu satu benda tak???? FIA TAK TAU PUN PASAL PAGE NI AND BILA FIA DAPAT TAHU JE BAHAWASANYA PAGE NI WUJUD,FIA RASA BERSALAH SANGAT2 SEBAB TAK MEMBANTU KELUARA ISLAM FIA. Sejujurnya lepas fia baca blog-blog yang banyak membuat entry pasal arwah,fia rasa kehilangan . SERIOUSLY la..rasa bersalah sangat2 sbb fia tak tahu rupanya ada orang dalam kesusahan (ala-ala alim pulak-annoying) tp betul la..fia serious ni.RASA KEHILANGAN SANGAT2. ASTAGFIRULLAHALAZIM  :-/