Tingkatan Empat bukan masa berehat!!!
TAHNIAH diucapkan kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam. Kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa.
Belajar dari kesilapan dan cuba untuk memperbaiki pencapaian anda dalam peperiksaan yang jauh lebih penting iaitu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kumpulan pelajar yang memperoleh keputusan PMR ini akan melangkah masuk ke peringkat menengah atas.

** klik gambar untuk tumbesaran :)
Ramai yang berpendapat Tingkatan Empat ialah tahun honeymoon. Tanggapan ini perlu diperbetulkan. Tiada istilah bulan madu atau honeymoon dalam usaha memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan seterusnya yang lebih mustahak.
Sebahagian soalan dikemukakan dalam peperiksaan SPM dalam semua mata pelajaran seperti Matematik, Sejarah, Biologi dan Sains ialah soalan dalam topik yang diajar ketika mereka berada dalam Tingkatan Empat walaupun peperiksaan SPM hanya diambil ketika mereka berada pada tahap Tingkatan Lima.
Justeru teruskan momentum kecemerlangan anda apabila melangkah masuk ke Tingkatan Empat. Dengan menguasai topik dalam apa jua mata pelajaran yang diajar ketika mereka berada dalam Tingkatan Empat, jadi beban untuk menguasai konsep sesuatu mata pelajaran yang diajar dalam Ting-katan Empat dan Tingkatan Lima sedikit sebanyak dalam dikurangkan ketika mereka berada di Tingkatan Lima.
Di samping itu, strategi pembelajaran yang berkesan perlu dipraktikkan agar sesuatu konsep yang dipelajari dapat dikuasai untuk jangka yang panjang.
Pelajar Tingkatan Tiga yang bakal memasuki Tingkatan Empat kebiasaannya akan memilih aliran yang mereka minati. Kebiasaannya pelajar yang memperoleh keputusan yang baik dalam PMR lebih cenderung memilih aliran sains tulen dan kejuruteraan.
Pelajar yang berada dalam kumpulan yang kurang bernasib baik lebih cenderung untuk memilih aliran vokasional dan sebagainya. Justeru, pelajar perlu bijak memilih aliran mengikut tahap kebolehan dan minat mereka.
Jangan memilih aliran tertentu disebabkan mengikut kawan sedangkan diri sendiri tidak berminat dengan aliran berkenaan.
Banyak kajian yang membuktikan sikap mempengaruhi pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Begitu juga terdapat sebilangan pelajar yang memilih aliran yang lebih ‘glamour’ seperti sains tulen dan kejuruteraan sedangkan aliran itu tidak sepadan dengan tahap kemampuan mereka. Jadi pelajar perlu ‘ukur baju di badan sendiri’ supaya aliran yang bakal dipilih tidak menjadi beban untuk diikuti sehinggalah ke peperiksaan SPM. ada dua belas mata pelajaran.
Sebahagian soalan dikemukakan dalam peperiksaan SPM dalam semua mata pelajaran seperti Matematik, Sejarah, Biologi dan Sains ialah soalan dalam topik yang diajar ketika mereka berada dalam Tingkatan Empat walaupun peperiksaan SPM hanya diambil ketika mereka berada pada tahap Tingkatan Lima.
Justeru teruskan momentum kecemerlangan anda apabila melangkah masuk ke Tingkatan Empat. Dengan menguasai topik dalam apa jua mata pelajaran yang diajar ketika mereka berada dalam Tingkatan Empat, jadi beban untuk menguasai konsep sesuatu mata pelajaran yang diajar dalam Ting-katan Empat dan Tingkatan Lima sedikit sebanyak dalam dikurangkan ketika mereka berada di Tingkatan Lima.
Di samping itu, strategi pembelajaran yang berkesan perlu dipraktikkan agar sesuatu konsep yang dipelajari dapat dikuasai untuk jangka yang panjang.
Pelajar yang berada dalam kumpulan yang kurang bernasib baik lebih cenderung untuk memilih aliran vokasional dan sebagainya. Justeru, pelajar perlu bijak memilih aliran mengikut tahap kebolehan dan minat mereka.
Jangan memilih aliran tertentu disebabkan mengikut kawan sedangkan diri sendiri tidak berminat dengan aliran berkenaan.
Banyak kajian yang membuktikan sikap mempengaruhi pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Begitu juga terdapat sebilangan pelajar yang memilih aliran yang lebih ‘glamour’ seperti sains tulen dan kejuruteraan sedangkan aliran itu tidak sepadan dengan tahap kemampuan mereka. Jadi pelajar perlu ‘ukur baju di badan sendiri’ supaya aliran yang bakal dipilih tidak menjadi beban untuk diikuti sehinggalah ke peperiksaan SPM. ada dua belas mata pelajaran.
ikhlas dari,
ABDUL HALIM ABDULLAH,
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai, Johor.
Sepintas petikan dari media cetak :)
PUTRAJAYA, 22 Dis – Seramai 34,271 pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, berbanding 30,863 pelajar pada 2010, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud.
Angka itu adalah peningkatan 0.75 peratus, katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini.
“Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini.
Katanya kementerian itu berterima kasih kepada guru dan pelajar serta semua pihak yang berkenaan atas usaha mereka membantu meningkatkan GPN tahun ini.
Abd Ghafar berkata bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini.
Calon yang mendapat minimum gred D pula meningkat 61.88 peratus kepada 272,966 berbanding 265,388 tahun lalu, katanya.
Bagi pencapaian calon luar bandar pula, mereka yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 6,474 orang berbanding 5,825 tahun lalu, manakala calon di bandar yang mendapat semua A melonjak 0.86 peratus kepada 26,189 berbanding 24,084 orang tahun lepas.
Calon yang mendapat semua gred E pula terus menunjukkan penurunan baik di bandar mahupun di luar bandar, iaitu di bandar hanya 216 orang berbanding 249 tahun lepas, sementara di luar bandar menurun kepada 121 berbanding 132 orang pada 2010.
“Nilai GPN calon bandar menurun sebanyak 0.04 mata berbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata. Namun pada keseluruhannya, pencapaian calon Bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar,” katanya.

2 comments:
betul tu..form 4 bukannya masa untuk honeymoon...dari form 4 la kena struggle kan..
ramai yang beranggapan..bila masuk form 4..boleh relaks2...
tau tak pe.. isk3.. tak patut tak patut.. hehe :)
Post a Comment