
KANSER merupakan penyakit kronik yang sukar diubati. Ia boleh membawa kesengsaraan kepada berjuta-juta rakyat diMalaysia. Percaya atau tidah, setiap bulan pasti ada kematian yang disebabkan oleh peyakit kanser yang kronik... ANDA MAHU??? anda mampu mengubahnya :)
KANSER BARAH PAYUDARA merupakan kanser yang menyebabkan kematian paling tinggi untuk perempuan dan ditempat no 2 adalah kanser serviks. Kanser ini bermula di payudara dan sebab itu namanya kanser payudara. Terjadi sebab keadaan sel di tempat tu tidak seimbang dan penghasilan sel juga tidak terkawal.
Di Malaysia, bilangan pesakit yang menghidap barah payudara ini semakin meningkat dan bilangan kematian disebabkan barah ini juga meningkat dari tahun ke tahun. Statistik juga menunjukkan bahawa orang cina lebih banyak menghidap barah payudara diikuti india dan terakhir adalah MELAYU. Pada 2006 itu turut menunjukkan sebanyak 3,525 kes baru dikesan dalam tempoh yang sama.
Di Luar negara pula setiap 3 minit, seorang wanita didiagnosis dengan kanser payu dara
Setiap 11 minit, seorang wanita mati akibat kanser payu dara
Setiap tahun, 30,000 wanita dan 200 lelaki didiagnosis dengan kanser payu dara
MENAKUTKAN!!!
ANTARA TANDA – TANDA DAN GEJALA KANSER PAYUDARA IALAH :
1. Ketulan pada payu dara dan makin jelas ketika haid serta perubahan pada payudara yang menjadi tidak rata.
2. Perubahan pada kulit payudara, kulit kelihatan berbintik kemerahan dan keras.
3. Keluar darah atau lender berdarah dari putting susu.
4. Putting susu tenggelam kedalam payudara.
5. Terdapat salur darah yag menonjol dipermukaan payudara.
6. Luka yang tidak sembuh pada permukaan payudara.
7. Terasa ada biji dan ketulan dibahagian ketiak.
8. Hilang selera makan dan turun berat badan.
Memang punca utama kanser barah payudara ini tidak diketahui sampai sekarang. Dari mana kanser ini datang dan bagaimana ia bermula juga merupakan misteri sains perubatan.
Dibawah adalah antara punca yang menyebabkan barah payudara :
Obesiti - semakin gemuk semakin berisiko (kuruskan badan ok!)
Genetik - lebih berisiko kena jika ada ahli keluarga lain pernah kena
Kitaran haid - lebih berisiko jika kitaran haid datang awal, seawal umur 12 tahun
Alkohol - yang minum alkohol ni sangat berisiko barah ini akan melekat!
Tabiat merokok - bukan sahaja barah payudara, barah lain-lain pun senang nak datang kalau dah merokok kuat!
Peningkatan usia - semakin tua semakin berisiko
RAWATAN KANSER BARAH PAYUDARA :
Setelah pesakit menjalani ujian pengesahan kanser payudara,beberapa siri ujian khas akan dilakukan bagi menentukan sejauh mana kanser tersebut telah merebak ataupun peringkat kanser tersebut.Seperti juga kanser yang lain,jenis rawatan yang akan diberikan adalah berdasarkan kepada peringkat kanser tersebut .
Antara ujian yang boleh membantu oleh pakar kanser dalam menentukan peringkat kanser payudara ialah melalui ujian darah, Sinar-X,mamografi,CT Scan atau MRI dan imbasan tulang.
Berikut adalah rawatan untuk penyakit kanser payudara :
ü Pembedahan
ü Rawatan Radioterapi
ü Rawatan Kemoterapi
ü Rawatan Hormon (Tamoxin,Letrozole,Anastronozole)
ü Kombinasi rawatan – rawatan diatas
Secara ringkasnya,KANSER PAYUDARA terbahagi kepada dua berdasarkan asal- usul sel kanser payudara iaitu :
1. Kanser yang berasal daripada DUKTUS dinamakan kanser Duktus (duktal cancer)
2. Kanser yang berasal dari LOBUL dinamakan kanser Lobul (lobular cancer)
FAKTA : KANSER BARAH PAYUDARA JUGA BERISIKO MENYERANG LELAKI !!!

click gambar untuk ke MAKNA.org
click sini --> KANSER BARAH PAYUDARA vs LELAKI
INI ADALAH MITOS TENTANG KANSER BARAH PAYUDARA YANG SERING KITA DENGAR :
· Lelaki tidak boleh mendapat kanser payudara.
· Baju dalam yang berwayar boleh menyebabkan kanser payudara
· Wanita di bawah umur 40 tahun tidak akan mendapat kanser
· Anti- peluh dan deodoran boleh menyebabkan kanser payudara
· Pil Perancang boleh menyebabkan kanser
· Mammogram boleh menyebabkan kanser payudara merebak atau menjadi punca kanser
· Setiap benjolan di payudara adalah kanser payudara
· Kanser payudara hanya berlaku di sebelah payudara
· Mastektomi merupakan satu-satunya rawatan kanser payudara
· Wanita yang mempunyai payudara yang kecil mempunyai risiko yang rendah mendapat kanser
RENUNG - RENUNGKAN LAH

8 comments:
takut lah kalau barah nih terkena pada diri sendri and org yang terdekat,mntak jauh lah
tp peratus utk perempuan lagi tinggi ari lelaki kan? <3
kanser adalah penyakit yang sangat merbahaya dan juga menakutkan kerana boleh membawa maut.. jadi cegah lebih baik dari merawat. Terima kasih berkongsi entry yang sangat padat dan terang mengenai bahaya kanser ini..Moga2 kita semua memanfaatkannya. :)
tq for the information.terharu putri baca :'(
Nia Marlisa : insyallah xde ape2,sentiasa amalkan perkara2 yg tak mendatangkan kuman ni.
minta pada ALLAH moga sentiasa diberi kesihatan yang baik :)
Nihtangel : yep :)
tapi mcm2 boleh jadi kan?
Aida Omar : terima kasih kerana sudi baca :)
PUTRI : welcome sayang :)
Post a Comment