
gomo kelate gomO!!!
Kelantan
juara piala FA 2012
Akhirnya
Piala FA 2012 milik pasukan The Red Warriors setelah menewaskan Sime Darby 1
gol 0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Babak
pertama menyaksikan Sime Darby berjaya membantutkan asakan Kelantan,corak
permainan bertahan Sime Darby berjaya mengikat keputusan tanpa gol sehingga
tamat separuh masa pertama.
Namun,di
separuh masa kedua,Kelantan mengandakan asakan sehinggakan jentera pertahanan
Sime Darby menjadi kucar-kacir.Begitu pun gol Kelantan hadir menerusi jaringan
penalti Mohammed Ghaddar pada minit 58,Sepakan penalti dihadiahkan
pengadil perlawanan apabila Obina Nwaneri ditolak dalam kawasan penalti ketika
cuba menandukan bola hantaran Indra Putra
Gol
jaringan Ghaddar mencetuskan semangat baru untuk Kelantan untuk terus memburu
gol.Serangan demi serangan dilakukan,diiringi sorakan puluhan ribu penyokong
The Red Warriors
Tetapi
Sime Darby tidak mudah mengalah dan menangkis asakan Kelantan sehingga tamat 90
minit permainan
Kejayaan
Kelantan menjulang Piala FA 2012,lebih manis lagi tatkala musim ini merupakan
Piala baru yang diperkenalkan oleh FAM.Untuk rekod 5 tahun perlawanan akhir
piala Fa,Kelantan layak ke final pada tahun 2009 dan 2011
Pada
tahun ini,mereka berjaya merealisasikan impian untuk menjulang Piala yang
didambakan oleh penyokong dan rakyat Kelantan.
Tahniah kelantan!

No comments:
Post a Comment