DERMA DARAH BOLEH JAGA KESIHATAN dan....

Derma darah boleh jaga kesihatan, bantu golongan memerlukan
MENDERMA darah adalah satu amalan sukarela yang terpuji dan tidak ternilai sumbangannya. Keinginan untuk menderma darah perlu wujud dalam diri setiap individu sebagai satu tanggungjawab membantu sesama manusia.
Pusat Darah Negara dan tabung darah di hospital seluruh negara sering berdepan dengan stok darah yang kritikal. Pada masa tertentu, bekalan darah dikatakan tidak mencukupi kerana penderma darah kurang gagal menampung keperluan semasa.
Satu unit darah yang dikeluarkan dari badan penderma dapat menyelamatkan nyawa penerimanya seperti mangsa demam denggi, mangsa kemalangan, ibu yang mengalami tumpah darah selepas bersalin, bayi yang memerlukan pertukaran darah, pesakit talasemia, pesakit anemia, mangsa kebakaran, pesakit leukemia dan pesakit haemifilia.
Islam menggalakkan amalan tolong-menolong, terutama dalam soal yang penting ini. Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat dua bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah kamu di atas kebaikan dan taqwa, dan jangan kamu bertolong-tolongan di atas dosa dan penindasan.”
Darah adalah ‘kuasa’ menggerakkan aktiviti badan seperti petrol menghidupkan enjin. Setakat ini belum ada unsur lain dapat menggantikan fungsi darah. Dipercayai tidak akan ada ciptaan manusia dapat menggantikannya.
Percubaan menggunakan darah binatang untuk manusia tidak pernah berjaya. Seorang pakar bedah pernah mencuba menggunakan darah binatang menggantikan darah manusia dituduh sebagai pembunuh selepas pesakitnya meninggal dunia akibat pemindahan darah itu.
Bahkan, darah manusia tidak boleh dimasukkan ke dalam badan orang lain jika tidak mengikut jenisnya. Manusia mempunyai empat kumpulan darah iaitu O, A, B dan AB.
Kumpulan darah O boleh menerima darah daripada kumpulan darah O saja. Bagaimanapun darah itu boleh didermakan kepada semua penerima. Kumpulan darah AB hanya boleh didermakan kepada individu kumpulan darah yang sama, tetapi boleh menerima semua kumpulan darah. Begitulah uniknya darah.
Darah adalah asal bermulanya hayat manusia. Dari darah terjadinya air mani. Sabda Rasulullah menjelaskan 40 titik darah menjadi setitik air mani.
Hukum menderma darah adalah harus, yakni boleh dilakukan. Ia berdasarkan kepentingan pemindahan darah yang tanpanya menyebabkan mangsa menghadapi maut atau penyakit tidak sembuh.
Di dalam badan manusia mengandungi sembilan hingga 10 pain darah. Individu mengalami kekurangan darah melebihi tiga pain akan menghadapi masalah perjalanan fungsi organ badan yang boleh membawa maut.
Satu-satunya cara menyelamatkan mangsa melalui proses pemindahan darah. Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya diharamkan ke atas kamu bangkai, darah, daging babi dan apa-apa (binatang) yang disembelih untuk selain daripada Allah. Maka barang siapa yang terpaksa sedang dia tidak derhaka dan tidak melampau, maka tidaklah (kena) apa-apa dosa ke atasnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 173).
Allah menjelaskan perkara ‘terpaksa’ ini dalam surah al-An’am ayat 119 bermaksud: “Sedang Dia (Allah) jelaskan kepada kamu apa-apa yang diharamkan oleh-Nya ke atas kamu, kecuali apa yang terpaksa….”

Menderma darah bukan saja tidak membahayakan diri penderma, bahkan dianggap satu amalan menjaga kesihatan. Sebelum bakal penderma darah menderma darah, tahap kesihatannya perlu diperiksa terlebih dulu bagi memastikan tidak ada kesan buruk terhadapnya selepas menderma darah.
Proses menderma darah amat mudah dan mengambil masa singkat. Penderma darah tidak mengalami rasa sakit ‘keterlaluan’ sepanjang proses menderma darah.
Hakikat menderma darah tidak membahayakan diri dan tidak mendatangkan kesan sampingan, tidak perlu diragui. Di negara kita sudah ramai menderma lebih 100 kali dan keadaan mereka masih sihat.
Tidak rugi mendermakan darah yang diganti secara automatik oleh badan. Sesungguhnya amat besar pahala mereka yang melakukan kebaikan.
Renungkan firman Allah dalam surah al-Zalzalah ayat 7 hingga 8 yang bermaksud: “Sesiapa yang membuat kebajikan walaupun sebesar zarah, pasti akan diberi balasannya, dan sesiapa juga membuat kejahatan walaupun sebesar zarah, akan juga mendapat pembalasan.”
Sabda Rasulullah pula bermaksud: “Sesiapa yang membantu mencukupkan keperluan saudaranya, maka Allah pula membantu mencukupkan keperluannya. Sesiapa yang melepaskan kesulitan seorang muslim, maka Allah melepaskan pula kesusahannya kelak pada hari kiamat." (Riwayat Muslim)
Setiap orang boleh menderma darah setiap tiga atau empat bulan sekali untuk proses pendermaan cara biasa. Bagaimanapun, jika melalui kaedah Aferesis, yakni proses mengeluarkan plasma dan platelet dan kemudian mengembalikan semula sel darah merah kepada penderma dengan menggunakan mesin khas, penderma boleh melakukan lebih kerap berbanding cara biasa.
JOM LIKE!!!
Kempen Derma Darah Kepada Rakyat Malaysia
Pusat Darah Negara
6 comments:
UPDATED :
Jadual Dan Lokasi Pendermaan Darah
Ahad 19-02-2012
AEON CHERAS SELATAN
GROUND FLOOR(BERHADAPAN DENGAN ORANGE SORBET)
AEON JUSCO CHERAS SELATAN,
LEBUH TUN HUSSEIN ONN,
BALAKONG,
SELANGOR
10:00 AM 05:00 PM
BADAN KEBAJIKAN THALASEMIA
TESCO EXTRA AMPANG (HADAPAN PINTU MASUK TESCO)
10:00 AM 06:00 PM
PERSATUAN PENGANUT DEWA YU LAN HUI
BAS PDN,
AMPANG SPECTRUM
11:00 AM 05:00 PM
COMMUNITY EXCEL SERVICES CHURCH
DEWAN,
NO 2 JALAN 13/1SEKSYEN 13
PETALING JAYA
SELANGOR
09:00 AM 02:00 PM
ST JOHN AMBULANCE MALAYSIA
KAW. SEL TENGAH UTARA
2ND FLOOR, SELAYANG MALL
10:00 AM 05:00 PM
MASJID AL-MUQARABIN
FOYER MASJID AL-MUQARABIN,
JALAN LIKU,
BANDAR TASIK SELATAN,
KL
09:00 AM 02:00 PM
PROTON PERSONA ELEGANCE OWNER CLUB (PPEOC)
PUSAT DARAH NEGARA
10:00 AM 02:00 PM
AEON RAWANG
GROUND FLOOR (NEAR F.O.S)
NO.1 KOMPLEKS BELI-BELAH AEON RAWANG
PERSIARAN ANGGUN,
TAMAN ANGGUN
RAWANG
10:00 AM 05:00 PM
PUDU PLAZA
LOWER GROUND
JALAN DAVIS,
OFF JALAN PUDU,
KL
11:00 AM 05:00 PM
THANK YOOUUU :)
Marilah kita menderma darah bagi membantu golongan yang memerlukan darah.. :)
alahai.. aku tak pernah pun derma darah.. erk.. malulah pulak rasa..
ZUL FATTAH : belum terlambat lagi :)
dah lama x derma darah.....last derma 2010 masa kt UiTM perak...
sy darah B...
ouh.. mesti seronok dapat tau jenis darah.. fia dah lama teringin nak tau.. tp.. ermm.. takut jarum! :(
Post a Comment