SAYA SAYANG MEREKA !!!

11 March 2012

KELEBIHAN SUJUD DALAM SOLAT


SUJUD DALAM SOLAT

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. 

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu :

sujud fizikal seperti ketika bersolat 
dan 
sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.





Sujud yang sempurna ketika solat.

            Anggota sujud yang semestinya sampai atau mencecah lantai ialah dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua ibu jari kaki. ( keadaan dua ibu jari kaki hendaklah tercacak) - bagi mereka yang tidak uzur. Tempat sujud hendaklah kekal berada di atas lantai sekiranya teralas atau dialas sesuatu dan alas itu melekat di dahi bermakna tempat sujud telah bergerak ke atas - keadaan itu tidak sempurna. 

Berhenti sekejap ( tamakninah ) ketika sujud adalah rukun, sesiapa yang meninggalkan rukun, solatnya tidak sah. Bagi lelaki kedua-dua tangan hendaklah dibuka iaitu tidak rapat ke rusuk manakala perempuan hendaklah dirapatkan ke rusuknya.



Kelebihan sujud

“Wahai orang-orang yang beriman! ruku'lah dan sujudlah kamu kepada Tuhan kamu (Allah) dan perbuatlah kebaikan mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan”. (Surah Al-Hajj : ayat 77)

Sujud melegakan sistem pernafasan.  Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar  mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. 

Rasulullah s.a.w bersabda, “Saat yang paling dekat bagi seorang hamba untuk berada di samping Tuhannya, ialah ketika Ia sujud. Dari itu hendaklah kamu memperbanyak do‘a ketika sujud itu!”

Dan sabdanya pula: “Ketahuilah bahawa saya dilarang membaca AlQuran di waktu ruku’ mahupun sujud. Maka sewaktu ruku’, hendaklah kamu membesarkan Tuhan, sedang di waktu sujud, usahakanlah padanya berdo‘a dengan sungguh-sungguh, kerana besar kemungkinan akan dikabulkan Tuhan!”  (Hadith Riwayat Ahmad dan Muslim).

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. 




Kelebihannya sujud dalam solat ialah :

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. 
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh. 
- melegakan sakit hernia. (burut) 
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 
- melegakan paru-paru daripada ketegangan. 
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.   kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. 
- meringankan bahagian pelvis. 
- memberi dorongan supaya mudah tidur. 
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. 
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic  memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. 
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. 
- mengurangkan kegemukan. 
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions). 
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. 
-Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.



Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. 

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. 

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.




MAKA DENGAN ITU, SUJUD LAH DENGAN KHUSYUKNYA DAN SENTIASALAH BERFIKIRAN POSITIF DALAM APA JUA PERKARA YANG DILAKUKAN..

INSYALLAH













Baca juga :-  RAHSIA DISEBALIK TUBUH MANUSIA by UNIKVERSITI 


Sumber Bacaan Dan Rujukan :- 

UNIKVERSITI : 

HARIAN METRO

4 comments:

shahrazali said...

alhamdulillah.....entri yg sgt bagus dan berguna......

mari la kita sama2 bersujud kepadaNya...

❤ Cik Fia ❤ said...

terima kasih juga kerana sudi baca :)

❤ Cik Fia ❤ said...

insyallah.. dengan kesedaran, marilah bersama - sama kita bersujud :)

~Mr. Cool & Cik Kepoh~ said...

Salam..
Melawat Followers Mr Coll & Mrs Kepoh..Selamat majujaya